Klik Dengan Bijak Bersama Smka Matang
9 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 8 ogos 2015, Pusat Internet Kg Pandan Lundu telah dijemput Pusat Internet Kg Telaga Air bersama untuk menjayakan kempen Klik dengan Bijak di surau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00pagi dan tamat pada jam 12.00 pagi, yang telah dihadiri oleh 128 peserta tingkatan 1, 150 peserta tingkatan2 dan 111 peserta tingakatan4. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain selain memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan menerapkan nilai tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan etika dalam penggunaan internet
•Memberi pendedahan kepada pengguna tentang perkara yang harus dielakkan dan dikawal semasa berinternet.
•Menerapkan nilai tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Pengenalan Klik dengan Bijak daripada Pengurus PI Telaga Air, Cik Adila binti Latif.
•Ceramah, tayangan video dan aktiviti Klik Dengan Bijak oleh Pengurus PI Telaga Air, Cik Adila binti Latif.
•Aktiviti KDB oleh PI Kg Pasir Pandak, PI Kg Pandan, PI Kg Stungkor Baru, PI Kg Krokong, PI Kg Sibuluh dan PI Kg Bako.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: